Wednesday, 2 July 2014

Bersihkan makna cinta



  Bercintalah sebagaimana para sahabat dan sahibah Rasul SAW bercinta .  Cinta mereka kepada baginda , bahkan lebih daripada keluarga mereka sendiri , mengatasi segalanya .

    Dalam suatu kisah , ada seorang sahibah yg telah kehilangan suai di medan perang . Tetapi , sebaik sahaja tentera islam pulan darpada peperangan itu , apakah soalan pertama yang keluar  dari dirinya  ?

     " Baginda bagaiman a? Baginda baik- baik sahaja kah? "

   Keadaan Rasul SAW dahulu yang ditanya , bukan suaminya . Kita ? Bahkan , bila dikhabarkan suaminya sudah syahid dan baginda masih hidup , si isteri mengucapkan 'Alhamdulillah' .

       Begitu juga para sahabat Rasul SAW . Cinta mereka kepada baginda tidak ada tandingannya dengan apa pun . Jika para sahabat dengan Rasul SAW itu pun dikategorikan sebagai ' Gay' juga , memang sangat sengetlah mental kita .


 *****
 Sebab apa perkataan Gay itu tiba tiba muncul ?
saya ada terbaca ungkapan beberapa golongan masyarakat terutamanya remaja , no "boyafriend " no "gelifriend" tak enjoy laa duduk dunia ni ..'... ke kau gay orelse kau lesbian ?
Apa yang boleh diperkatakan ye hmmm termenung jauh jugak nak memikirkan cara nak menjawab ...

and it comes to my mind .

    Dunia tak bermakna tanpa boyfriend / girlfriend ? sapaa cakap , Dunia kau takkan muncul kalau tak da mak ayah yg lahirkan kau . Enjoy , apa erti enjoy kalau jauh di lubuk hati kau ada side yang memberontak nak kan ketenangan , ketenangan atas tikar sejadah .  Kalau ini semualah yang kau kaut dalam dunia ni , apa saham yang kau bawak untuk akhirat nanti ?

    Maaf andai aku terlampau prejudis terhadap percintaan terutama pada usia seusia aku . dan mungkin sikap aku ini melukakan ramai hati yg sedang asyik bercinta , kerana membenci aku , teruskan membenci anda . sebab aku hanya berkata apa yang berada dalam hati ini .

    " Jangan kau ambil apa yang tidak menjadi keutamaan kau , yang tidak mendatangkan satu sen pun manfaat untuk kau "

Dan jujur aku kata , ini ujian untuk aku sememangnya , kerana ada suatu saat nnt Allah akan bolak balik kan hati aku untuk aku menyukai sesuatu yang aku benci .
Dan saat itu apa yang nak aku pegang ? Pada Dia .

Andai cinta untuk manusia itu hadir usah takut sebab itu fitrah .
berbalik pada Allah kerana itu cinta yang sebenar2nya untk kita peroleh cinta sampingan , yakni cinta manusia . Kedua dua cinta itu indah kan ? 

****

Bersihkan makna cinta

Fattabiouni , yuhbibkumullah 
" Dan ikutilah aku , nescaya Allah akan kasih kepada kamu dan mengampunkan kamu (ali imran :31 )

Tuesday, 1 July 2014

Dia setia menanti tapi aku ?



 Ya , :'( kadang - kadang , eh bukan untuk korang korang semua , tapi untuk diri ini , diri yang tak pernah sedar diri ini , tak pernah sedar akan nikmat Allah yang berada di sekeliling diri ini . Cuma bila suatu hari itu Allah hadirkan ujian , dugaan , baru kau nak mengadap Dia . Selama ini , tak da lah orang lain yang nak tunggu kau siang malam , sebagaimana Dia .
Tiada sesiapa yang setia menanti kau terjaga untuk menghadap Dia ,
Tiada sesiapa yang setia merindui suara kau untuk berkata - kata denganNya .
Tiada sesiapa yang sesetia Dia untuk mendengar segala keluhan kau , segala kesedihan kau ,
Tiada sesiapa yang sentiasa setiaaaa menantimu saat kau lupa bila kebahagian itu kau kecapi ,
Tiada sesiapa yang sepemaaf itu saat kau muncul di hadapanNya dengan segunung dosa .
Tiada sesiapa yang sesetia Dia untuk menerima diri kau yang penuh dengan najis dosa melainkan Dia .
Yang sentiasa setia menantikan kau ! 
Bawaklah sedunia dosa sekali pun menghadap Dia , 
Biarlah satu dunia tidak menginginkanmu tapi kau masih punya satu tempat ...
yang setia menantimu , 
yang setia menanti kepulanganmu .
Pulang lah , pulang lah dengan beribu kekesalan , Dia pasti memaafkanmu . 
Dia , Khaliq , Maha Adil ,

Biarlah satu dunia mencemuhmu , 
Hiraukan kami , sesungguhnya ini ujian buat kami untuk melihat kau dari pandangan lepas atau masa depan mu ,
Biarlah kami , kerana itu adalah perancangan Allah buat kami , 
Tapi buat kau , 
jangan lah sifat kehinaan kami ini membuat kan kau putus asa untuk memegang kembali tanganNya ,
Tangan yang selalu ada untuk kau paut ,
tangan yang sentiasa setia untuk menerima kau kembali ,
Biarlah sejauh mana pon kau pergi ,
Biarlah seerat mana pon ingatan kau pada Dia ,
walaupun sering kali kau lupa kan dia ,
 
Dia tetap menginginkan kau kembali ,

Bersangka baiklah pada Allah .
** Allahu itu yang selalu aku lupa , tak sedar 


      Kalau dulu aku selalu tertanya - tanya , manaa nak dapat ketenangan . . Ketenangan itu apabila Allah tak marah kita . Sesimple ayat yang boleh aku anggap ^^ . Kalau Allah marah kita , hati takkan tenang , jadi itu signal cepat cepatlah amik wudhu , solat , InsyaAllah tenang . 

    " Tapi dosa yang dulu acap kali aku buat " 

" Allah sedang menguji , seandainya kau gagal , berbalik padanya , perbaiki Kualiti solatmu "

" Dia uji kau sebab Dia nak kau ingat Dia , kau lahh selalu sangat lupakan Dia "

** Allah ingat kau tapi kau ?? sedar diri tak ni . . kau ? ? ? 
kau masih dengan dunya , padahal kau berpijak pun atas pinjaman Allah laa , jangan nak hebat sangat :'(
Syaitan kiri kanan suka , sebab kau adalah majikan terhebat abad ini , 

*** MasyaAllah , ingat , malaikat maut mu tiap tiap saat menjenguk , * HEADSHOT* 

--- maaf , 'Kau' di situ bukan untuk mu , tapi untuk diri yang mnulis ini , yaa diri yang tombak hatinya tak kukuh , tak layak untuk berpaut di tangan Nya , tapi masih tetap Dia hulurkan segala segi pertolongan , dan itu aku tersedar . . 
Terima Kasih Khaliq ! Allah !