Saturday, 18 October 2014

Bulan Tarbiyah





  Andai datang suatu ujian , sanggup kah kau terima , mampukah kau bangkit ? “

Mungkin mereka tak mengetahui . Takpa . Tapi ini sungguh hanya satu perkongsian . Harap dapat ambil apa yang cuba aku sampaikan .
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aku tak nak bercakap pasal siapa aku sekarang . Aku taknak cakap pasal apa yang sedang aku capai 

sekarang . Kerana sungguh ini semua rezeki . Dari Dia .

(SEBULAN )

Aku tak pernah duga bahawa SEBULAN itu akan menjadi satu tempoh buat aku . tempoh yang sangat 
sukar . Saat aku enggan untuk berbicara dengan semua org termasuk dengan ibu bapa ku . Saat aku hiraukan semua panggilan dan wassap rakan-rakan aku . . . . . . Semua ini berlaku dalam masa SEBULAN . Kau bayangkan aku tak berinteraksi dengan manusia di luar selama SEBULAN . Aku terkurung di dalam luar . Enggan aku untuk keluar . Enggan aku untuk berbual dengan adik beradikku . Enggan aku untuk membuat semua bendaa . Aku hanya akan duduk dalam bilik dan kalau tak pun di hadapan televisyen . TANPA MENGHIRAUKAN SESIAPA . 
“ KEJAM” aku rasa masa itu aku sangat kejam . kejam pada diri sendiri . Sedangkan semua org seolah olah cuba untuk memahami aku . ( IBUBAPA AKU) ….. Dan kalau kau nak tau saat ini aku merasakan semua org menindas aku tanpa sebarang sebab dan paling BODOH PERNAH AKU RASA “ ALLAH SEDANG MEMBENCI AKU , AKU KEEP ASKING WHY WOULDN’T YOU LISTEN TO MY PRAYER “
Bodohkan aku ! Sangat Bodoh ! Dan sampai satu tahap aku menyuarakan rasa hati aku pada mama dan abah .

Aku Tanya mereka . Kenapa Allah tak dengar doa aku ??
Soalan yang tak sepatutnya seorang hamba kerdil bodoh sombong macam aku ni tanya pada Khaliqnya .
TApi waktu itu yaaaa aku masih degil kerana aku merasakan semua usaha aku sia-sia . Sangat Sia-Sia .
NAmun , saat ujian itu datang pada aku , aku merasakan ujian ini tersangat sangat lah berat . . . dan saat itu juga Allah datang kan sesuatu . waktu itu aku berasaa sungguh lemah . kerana Dia datang kan lagi satu ujian yang membuatkan aku sangat terpukul . . aku terduduk menangis . AKu balik pada Dia
Ada satu rasa yang hadir bersama ujian yang Allah bagi pada aku tu . Meski aku merasa berat . Tapi tanpa sedar aku rasa ujian ini adalah penguat .

Semua perkara ini berlaku selama SEBULAN yang SEBULAN yang boleh aku katakan ini mungkin adalah tempoh teguran Allah untuk aku . YA Aku sangat rasa . takpaa kalau kau merasa aku tipu . ini hanya perkongsian aku . sebab aku mengambil masa dua bulan untuk face all this . Dan aku tak nak berpatah balik .
“Yes you do put all your effort on something but you never realized that He owns everything”  

Kata – kata itu aku lupa . memang iman aku tak kuat . tapi aku sedih kenapa Allah masih bagi aku peluang untuk bersama Dia .
Dan aku terus jalani semua ujian dengan bersandarkan restu dari Dia .
Mungkin selama ini aku terlalu confident pada diri aku dan aku lupa di sebalik seorang yang hebat jangan sesekali lupa bahawa Khaliq yang pencipta Maha Hebat lagi .
Dan sekarang Allah pinjamkan aku satu rezeki yang tak terkata nikmat dia . yang membuang segala kerisauan yang ada yang menyelesaikan segala ujian yang aku hadapi .
Yang meletakkan siapa diri aku di sini sekarang .
Dan aku berharap aku takkan terlepas lagi dari tali Nya .
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Mungkin aku bukan sempurna aku mudah terpedaya . maaf . aku jauh sekali untuk itu semua .
Dan aku sering mengharapkan kekuatan . kekuatan yang mungkin satu hari hadir dariNya . buat kali yang lain . InsyaAllah .
Bagi aku , itulah bulan tarbiyah walaupun sakit tapi indah .kadang kadang aku tertanya-tanya , andai nya dari dulu Allah pinjamkan aku ujian mcm ni , kann indah . dan sekarang baru aku faham kenapa orang kata ujian itu indah . ^^

Wednesday, 2 July 2014

Bersihkan makna cinta



  Bercintalah sebagaimana para sahabat dan sahibah Rasul SAW bercinta .  Cinta mereka kepada baginda , bahkan lebih daripada keluarga mereka sendiri , mengatasi segalanya .

    Dalam suatu kisah , ada seorang sahibah yg telah kehilangan suai di medan perang . Tetapi , sebaik sahaja tentera islam pulan darpada peperangan itu , apakah soalan pertama yang keluar  dari dirinya  ?

     " Baginda bagaiman a? Baginda baik- baik sahaja kah? "

   Keadaan Rasul SAW dahulu yang ditanya , bukan suaminya . Kita ? Bahkan , bila dikhabarkan suaminya sudah syahid dan baginda masih hidup , si isteri mengucapkan 'Alhamdulillah' .

       Begitu juga para sahabat Rasul SAW . Cinta mereka kepada baginda tidak ada tandingannya dengan apa pun . Jika para sahabat dengan Rasul SAW itu pun dikategorikan sebagai ' Gay' juga , memang sangat sengetlah mental kita .


 *****
 Sebab apa perkataan Gay itu tiba tiba muncul ?
saya ada terbaca ungkapan beberapa golongan masyarakat terutamanya remaja , no "boyafriend " no "gelifriend" tak enjoy laa duduk dunia ni ..'... ke kau gay orelse kau lesbian ?
Apa yang boleh diperkatakan ye hmmm termenung jauh jugak nak memikirkan cara nak menjawab ...

and it comes to my mind .

    Dunia tak bermakna tanpa boyfriend / girlfriend ? sapaa cakap , Dunia kau takkan muncul kalau tak da mak ayah yg lahirkan kau . Enjoy , apa erti enjoy kalau jauh di lubuk hati kau ada side yang memberontak nak kan ketenangan , ketenangan atas tikar sejadah .  Kalau ini semualah yang kau kaut dalam dunia ni , apa saham yang kau bawak untuk akhirat nanti ?

    Maaf andai aku terlampau prejudis terhadap percintaan terutama pada usia seusia aku . dan mungkin sikap aku ini melukakan ramai hati yg sedang asyik bercinta , kerana membenci aku , teruskan membenci anda . sebab aku hanya berkata apa yang berada dalam hati ini .

    " Jangan kau ambil apa yang tidak menjadi keutamaan kau , yang tidak mendatangkan satu sen pun manfaat untuk kau "

Dan jujur aku kata , ini ujian untuk aku sememangnya , kerana ada suatu saat nnt Allah akan bolak balik kan hati aku untuk aku menyukai sesuatu yang aku benci .
Dan saat itu apa yang nak aku pegang ? Pada Dia .

Andai cinta untuk manusia itu hadir usah takut sebab itu fitrah .
berbalik pada Allah kerana itu cinta yang sebenar2nya untk kita peroleh cinta sampingan , yakni cinta manusia . Kedua dua cinta itu indah kan ? 

****

Bersihkan makna cinta

Fattabiouni , yuhbibkumullah 
" Dan ikutilah aku , nescaya Allah akan kasih kepada kamu dan mengampunkan kamu (ali imran :31 )

Tuesday, 1 July 2014

Dia setia menanti tapi aku ?



 Ya , :'( kadang - kadang , eh bukan untuk korang korang semua , tapi untuk diri ini , diri yang tak pernah sedar diri ini , tak pernah sedar akan nikmat Allah yang berada di sekeliling diri ini . Cuma bila suatu hari itu Allah hadirkan ujian , dugaan , baru kau nak mengadap Dia . Selama ini , tak da lah orang lain yang nak tunggu kau siang malam , sebagaimana Dia .
Tiada sesiapa yang setia menanti kau terjaga untuk menghadap Dia ,
Tiada sesiapa yang setia merindui suara kau untuk berkata - kata denganNya .
Tiada sesiapa yang sesetia Dia untuk mendengar segala keluhan kau , segala kesedihan kau ,
Tiada sesiapa yang sentiasa setiaaaa menantimu saat kau lupa bila kebahagian itu kau kecapi ,
Tiada sesiapa yang sepemaaf itu saat kau muncul di hadapanNya dengan segunung dosa .
Tiada sesiapa yang sesetia Dia untuk menerima diri kau yang penuh dengan najis dosa melainkan Dia .
Yang sentiasa setia menantikan kau ! 
Bawaklah sedunia dosa sekali pun menghadap Dia , 
Biarlah satu dunia tidak menginginkanmu tapi kau masih punya satu tempat ...
yang setia menantimu , 
yang setia menanti kepulanganmu .
Pulang lah , pulang lah dengan beribu kekesalan , Dia pasti memaafkanmu . 
Dia , Khaliq , Maha Adil ,

Biarlah satu dunia mencemuhmu , 
Hiraukan kami , sesungguhnya ini ujian buat kami untuk melihat kau dari pandangan lepas atau masa depan mu ,
Biarlah kami , kerana itu adalah perancangan Allah buat kami , 
Tapi buat kau , 
jangan lah sifat kehinaan kami ini membuat kan kau putus asa untuk memegang kembali tanganNya ,
Tangan yang selalu ada untuk kau paut ,
tangan yang sentiasa setia untuk menerima kau kembali ,
Biarlah sejauh mana pon kau pergi ,
Biarlah seerat mana pon ingatan kau pada Dia ,
walaupun sering kali kau lupa kan dia ,
 
Dia tetap menginginkan kau kembali ,

Bersangka baiklah pada Allah .
** Allahu itu yang selalu aku lupa , tak sedar 


      Kalau dulu aku selalu tertanya - tanya , manaa nak dapat ketenangan . . Ketenangan itu apabila Allah tak marah kita . Sesimple ayat yang boleh aku anggap ^^ . Kalau Allah marah kita , hati takkan tenang , jadi itu signal cepat cepatlah amik wudhu , solat , InsyaAllah tenang . 

    " Tapi dosa yang dulu acap kali aku buat " 

" Allah sedang menguji , seandainya kau gagal , berbalik padanya , perbaiki Kualiti solatmu "

" Dia uji kau sebab Dia nak kau ingat Dia , kau lahh selalu sangat lupakan Dia "

** Allah ingat kau tapi kau ?? sedar diri tak ni . . kau ? ? ? 
kau masih dengan dunya , padahal kau berpijak pun atas pinjaman Allah laa , jangan nak hebat sangat :'(
Syaitan kiri kanan suka , sebab kau adalah majikan terhebat abad ini , 

*** MasyaAllah , ingat , malaikat maut mu tiap tiap saat menjenguk , * HEADSHOT* 

--- maaf , 'Kau' di situ bukan untuk mu , tapi untuk diri yang mnulis ini , yaa diri yang tombak hatinya tak kukuh , tak layak untuk berpaut di tangan Nya , tapi masih tetap Dia hulurkan segala segi pertolongan , dan itu aku tersedar . . 
Terima Kasih Khaliq ! Allah !

Monday, 30 June 2014



                                 Review buku  : Pimpin aku Ke Syurga

     Bila hatimu mula jatuh cinta ,
untuk merasai kelazatan dosa yang seketika ,
ingatlah lamanya api neraka ,
yang akan meratah tubuhmu di sana ,

Bila hatimu mulai merasa bosan ,
untuk meneruskan amal kebaikan yang seketika ,
ingatlah abadinya nikmat syurga 
yang akan melayanimu di sana ,

Umur dunia sangat singkat ,
Ruginya jika masa sesingkat ini 
membawa fitnah kepada kita di akhirat sana 
muhasabah perjalanan hidup ,
perbaikilah .


         * saat aku lupa hadir satu suara , menegur , 
            " sealim mana pon pakaianmu , ia takkan boleh menutup walau seinci pon kesalahan mu "

              ------- Terima kasih untuk teguran itu -------- 
              *kadang - kadang kita perlu tampar hati ini sekali sekala .. supaya tak terus lupa , lalai ,

 Asif . assalamualaikum .

Friday, 14 March 2014

Adik , You touched My heart !



Hanya kerana seorang anak kecik berumur 10 tahun ,

Adik , akak tidak mengetahui dari mana asalmu ,
tapi engkau sangat hebat ,dik .
Walau engkau seorang  yatim ,
tapi dirimu kuat , adik .
Dirimu sangat hebat ,

andai diri akak dik yang berada di tempat mu,
belum tentu diri yg jauh lebih berusia drmu mampu untuk mengharungi semua ini ,
Betapa kuatnya dirimu , dik .
betapa besarnya jiwamu adik . jelas terlihat .
engkau mengungkapkan kata-kata tanpa suara getaran kesedihan .
selepas dirimu melafazkan ayat suci , akak mendengar kekuatanmu dengan mengungkapkan 
" Ustaz, tolong doakan ibu dan ayah saya ,ustaz . mereka sudah tiada "

Allahu ! ayat itu dik , sebak !

.................Terus diri ini tersedar .........................
Aku ni hidup selama 19 tahun tapi Allah dah limpahkan pelbagai kenikmtan .
cuma aku je yg tak reti reti nak bersyukur ,
Melihat ke dalam wajah adik yang hebat itu ,
Ya ! aku melihat kesedihan ,
kesedihan kerana dia tidak lagi bertemu dgn ibu bapa nya,
Tapi kekuatan lebih menguasai dirinya ,
kekuatan untuk terus hidup .
Adik ,
engkau mungkin takkan berputus asa ,
dirimu menguasai Al Quran seawal kelahiranmu itu ,subhanallah .
Engkau hebat Dik ,

Dirimu bisa mengirimkan ayat suci kepada ibu bapamu .
Bila bila masa .
Yang sedang tersenyum menunggumu di pintu syurga dik ,
Sedangkan akak di sini ,
Mampu kah akak melihat pintu syurga ?
Mungkin Allah mempertemukan akak dengan suaramu ,
itu ada sesuatu yg berhikmah ,
Adik ,
Engkau sangat hebat dik ,
Seawal usiamu , engkau mampu setia dgn Al Quran ,
Walau sekrang dunia penuh dgn kemodenan ,
Tapi engkau setia dengan buku kecil di tangan mu . .
mentadabbur ayat Allah .
sedangkan aku , sedangkan akak dik , leka , alghaa dengan teknologi ,
Allahu ,


Aku lihat kelemahanku ,
aku bukan seorang yg hebat untuk dibanggakan.
aku sehina hina manusia,
mnausia pendosa ,
tapi aku belajar ,belajar dengan tarbiyah yg Allha kirimkan ,



Sunday, 12 January 2014

Terima Kasih , Sahabat !








Dua sem , dua sem , dua sem …

Dua sem yang penuh dgn suka dan duka ..

Tangis tawa kita kongsi bersama ..

Sehingga suatu tahap , aku tertanya – Tanya …

Bila Allah pertemukan kita ?

Bila Allah satukan kita di dalam sebuah keluarga ??

Ya kita keluarga !

Keluarga yang saling melengkapi ,

Keluarga yang saling melindungi ,

Ya , memang kadang kala kita dilanda pelbagai permasalahan ,

Tapi ikatan ‘keluarga ‘ itu sendiri  membuatkan kita sedar …

Mengapa harus kita berbalah ?

Padahal kita satu keluarga …

Sedar atau tidak ….sebenarnya nasib kita sama …

Jalan utama kita juga sama..

Kita berada di atas satu sirat jihad …

Yahh jihad kita sama …-----à {untuk Berjaya}

Opppssss kejapp…..( Berjaya dunia dan akhirat )

Memang terkadang … “huh aku tak puas hati dengan kau , budak laki tak puas hati dengan budak perempuan “

Selaluuuu jeee kannn ….

Tapi lihat betapa Allah sayangnya kita ….

Dia tak kasi kita berbalah lama lama kan …

---- setakat ni tak de pertumpahan darah lagi kann?---

Kita semua bergembira dengan cara kita kan?

Hiduplah dengan cara kita …asalkan ingat yang di atas…

Jangan lupakan dia pulak …

Terima kasih kat Dia sebab bagi kawan-kawan yang baik( cewahhh hehe) ….

Kalau sebab dia ….kita takkan bertemu …

Terkadang marah itu datang dan pergi …

Bukan untuk disengajakan …. (kecuali ia betul betul membangkitkan kemarahan )

Sebab dalam hati ini jauh mengatakan bahawa “mereka ini keluarga aku “

Dan of course …entry ini ditujukan kepada Kuliah 12 tercinta !


    

      Sorry if I am being annoying for all this while !
    
     Yang pernah termarah , terkutuk , terperli…mintak maaf …
   
     Teruskan jihad kita …Jom sama sama Berjaya…
  
     Andai terselfish …
  
     Maaf…
  
     Manusia yang menulis ini , hanya manusia biasa…hati tak bersih , berdosa dan sering terlupa
  
     If I do ! Asif …sorry sangat sangat …
   
     And please know this …
    
    Menjadi sebahagian dr K12 is the best part of my life …
    
    Korang semua superb ! gila – gila ! and supporting !
    
    Thank you .



--- kalau ditakdirkan kita tak berjumpa lagi , semoga Korang Berjaya dunia dan akhirat .Inshaa Allah ----

Allah ,

Terima Kasih , kerana memberi aku peluang untuk bersahabat ..

Dengan sahabat-sahabat yang hebat

Sahabat-sahabat yang banyak mengajak kepada kebaikan , dan aku pelajari dari mereka..

Syukran ALLAH !

Tuesday, 7 January 2014

Clueless




 Salam ,

Allah lama nyaaa tak tulis belogggg ni .

Dah bersawang habis .

Alhamdulilah sepanjang hidup aku di sini macam macam aku belajar .

Terutamanya tentang kehidupan..

Pernah dengar tak ujian hati ?

Ustazah Fatimah Syarha kalau tak silap pernah berkata yg ujian hati atau perasaan adalah yg paling berat.
YA ! aku akui itu semang dan tersangat lah berat … Kita perlu jaga hati dalam masa yang sama kita kena dan WAJIB lawan perasaan..

Ingat , kaum hawa ku , tak salah kita jatuh hati , sangat tak salah kerana itu fitrah manusia .

Tapi kita kena cuba kawal .Alah pasti tahu yg kita sedang berusaha .

Yang paling penting bila Allah bg ujian sebegini …balik semula kepada yang memberikan perasaan kasih itu iaitu Allah ..

Mengadulah pada Dia ..Pasti ada sebab kenapa kita diberi ujian sebegitu rupa..

Mungkin kita nil alai mengingati cinta Allah yang memang tersedia untuk semua org muslim..

Cinta Allah kawan kawan…takkan habis…tak kenal rupa pon…jauh beza dengan manusia yg memilih paras rupa..

Ya ! manusia memang inginkan yg cantik , tapi dalaman itu lebih penting *okay let it be *

Cinta Allah takkan berkurangan malah makin bertambah tambah ..Allahuakbar ..

Aku lupa itu selama ini …Apa aku kejar selama ini ? Cinta manusia…

Memang aku hanya bisa menaip kata kata ini tapi when it happened to me ? “kau nak buat apa?”

Aku manusia biasa … jahil lagi . . kalau nak dibandingkan dengan sahabat sahabat yg dr sekolah agama , menuntut di sekolah pondok …aku jauh sekali dengan mereka … rasa seperti tak layak untuk berteman dengan mereka …

Andai suatu hari aku tersilap ,,tegurlah aku ..bimbing lah aku ..