Saturday, 7 September 2013

Cerita Perasaan ..

Assalamualaikum ...

                                        









Cinta  itu milik Allah ,

Cemburu itu juga kurnia Allah ,

Sakit itu ujian Allah ,

Sihat itu juga peringatan Allah,

Tapi terkadang kita terlupa..kita lalai mengingatiNya,

Sahabat – sahabat tahu tak perasaan ,hati kita ,cinta kita Allah yg pegang..?

Apabila timbulnya perasaan cinta itu, kita kena sedar yg Allah sedang menduga kita..

Bagi remaja berusia 18 tahun semacam saya ini..kalau saat ini Allah hadirkan cinta..

Dia mungkin untuk menduga keimanan saya dan rakan – rakan yg lain…

Hanya sekadar peringatan utk hambaNya yg bernama manusia..

Cinta seusia muda ini bagi sy mmg “cinta monyet”

Lainlah kalau pasangan itu bertekad untuk menjadikan gadis itu sebagai isteri ..

Jadi ,teruskan..

Tapi berdasarkan apa yg saya pernah baca,,

Remaja seusia kita ini  masih banyak waktu ,kerana kita belum lagi meneroka setiap isi alam  ini untuk 
menjadikan kita lebih matang..

Namun begitu…jangan pula kita jadikan cinta yg Allah berikan itu sebagai wadah untuk kita bersuka ria..

Keluar sana keluar sini dgn pasangan kita…

Itu bukan mencari keredhaan itu namanya tapi….mencari kemurkaan Allah..

Cinta itu suci kawan kawan ( padahal tak tahu pape pon pasal cinta)

Duhai Adam…andai engkau berkenan pada seorang gadis itu…dekatilah walinya…dan jauhilah dia..

Sungguh dia masih mempunyai ibu dan ayah…

JAngan kau ketepikan mereka kerana  nafsu mu semata –mata..

Jangan kau menghina Hawa dengan menjadikan mereka sebagai alat mainanmu…

Aku mohon padamu wahai kaum Adam..

Jangan kau injak maruah wanita …

Kerana kadang – kadang kami terlupa …

Itu jua salah kami…

Wahai Adam..andai satu hari , aku jatuh cinta padamu..itu kerana keimanan yg ada dalam diri mu..

Andai itu terjadi…aku akan menjauhi diri mu..Aku akan sentiasa mendekatkan diri ku pada Allah..

Yg melahirkan perasaan ini..

Aku cuba…

Dan andai suatu hari, diri mu menghilang..

Aku terima..kerana kau menghilang untuk mencari redha Allah..

Dan Aku akan mentarbiah diri ini untuk  sama sama berada di jalan Allah

Walaupun cara kita berbeza..

Dan kali ini aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku dgn perasaan sebegini..

Perasaan yg sangat bersandar padaNya..

InsyaAllah Allah redha..Maaf sekiranya ada yg menyakitkan hati kalian..

No comments:

Post a Comment