Saturday, 11 May 2013

"Warkah buat Adam Dan Hawa"




"   Warkah Buat Adam Dan Hawa "

                                                                      


Aku bukan lah sehebat Siti Khadijah,
Aku juga tidak sekuat Sumaiyah,
Aku hanyalah aku,
Seorang hamba Allah yang kerdil mencari keredhaanNya,
Aku hanya seorang wanita,
Wahai bakal imamku,
Kucoretkan nukilan ini untkmu,
Walau dimana pun dirimu berada,
Kehadiranmu amat kunanti,
Peri pekertimu amat kudambakan,
Namun, cintaku padamu tidah sebesar cintaku padaNya,
Penciptaku yang Esa,
Walaupun sekali dirimu ibarat nyawa ,
Tapi jiwaku mati tanpaNya,
Aku lebih tersiksa,
Demi Tuhanku,
Aku akan mencintaimu keranaNya,
Aku akan mengagumi pekertimu,
Aku akan menyenangi wajah tenangmu,
In shaa Allah,
Wahai Pemilik Cintaku,
Andainya telah ditakdirkannya kepada diriku,
Berikanlah kami cinta semata-mata keranaMu,
Wahai pemilik tulang rusukku,
Andainya engkau membaca coretan hati ini,
Aku ingin engkau tahu bahawa,
Cintaku untukmu telah kusimpan serapat-rapatnya buatmu,
Di dalam kepingan kaca yg sukar dicapai oleh sesiapa pun,
Kerana aku tidak mahu engkau terkena serpihannya ,
Sesungguhnya pasti dirimu akan terluka ,
Wahai bakal imamku ,
Aku ingin kau tahu,
Aku sedang berusaha untuk memperelokkan diriku,
Aku ingin menjadi seorang hamba dan muslimah yg taat kepada Allah,
Dan seorang zaujah yg solehah buat mu,
Seandainya dirimu datang
Usahlah mengambil hati atas kecaknaanku,
Kerana itulah usahaku,
Wahai lelaki,
Aku tidak ingin dipandang murah ,
Kerana itu harga diriku,
Janganlah engkau merasa terhina kerana saat itu aku sedang berjuang,
Antara nafsu dan iman,
Berjuang memeelihara yang hak buat bakal imamku,
Sedang lagi aku masih  punya tanggungjawab,
Tanggungjawab atas diriku, keluarga ,bangsa dan agama…
Wahai bakal imamku,
Ingin kukatakan ,
Andainya masa sudah tiba…
Jauhilah diriku..
Dan dekatilah waliku,
Dan aku akan menerimamu seadanya kerana Allah..


-sincerely me-

1 comment:

  1. zal, thank youuuu, I pun kaum hawaaaa youuuuu hahaah

    ReplyDelete