Monday, 20 May 2013

Hati yang lemah selemah-lemahnya~~


 Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirahim..,

Syukur Alhamdulillah hari ini Allah masih sayang pada kita dan membiarkan kita hidup buat seketika bukan untuk menambah dosa tapi untuk menginsafi diri yg banyak dengan dosa...begitu juga saya...
Saya suka untuk mengingat kata kata yg berada dalam blog salah seorng sahabat baik saya yg hebat farahatiqah.blogspot..." Allah memberi kita hidup pada hari ini adalah untuk bertaubat akan dosa kita pada hari semalam " ~~~ lebih kurang mcm tu la kan...ye tak Fatiq?(hahaha)

Dan tidak akan ada satu hari pon yg kita tidak akan diuji..sebab kenapa kita diuji...bg saya yg tak seberapa tahu sangat ni ...supaya hari ini kita akan lebih baik dari semlam..Dan antara orangyg rugi adalah orang yg hari ini sama dengan hari semalam..ini juga untk diri saya semata-mata...bila mana diuji...soalan demi persoalan timbul...

Wahai diri...ingatlah hari hari yg mendatang dalam hidup awak ni sumeeeee~~~ Allah punye..Allah dah aturkan,Dan tak semestinya semua yg awak nak awak dappat..ingat ye wahai diri..berbahagialah dgn kehidupan dan takdir kita hari ini kerana semuanya di bawah lembayung kekuasaan Allah..Jadi diri...jangan nak sedih sangat la...Kita akan menjadi hebat dengan menjadi diri kita sendiri dengn adanya redha Allah...

You must be wonderingg...kenapa ada jugak masa masa yg kita pasti akan sedih..mcm saya hari ni..hehehee( betapa lemahnya hati)...ikutkan hati mmg nak nangis sepuas puas nya..tapi memikirkan siapalah kita ni kan nak meraung melalak...Allah kan da bagi da rezeki awak zal..!
Tapi cuba kaji..saat melihat kejayaan org lain,yess bahagia untuk dieorg, tapi dalam hati kenpa TAK AKU?

haaa ...sebab ni la perlunya ada kwn untk mntak nasihat...sorang lagi sahabat saya yg hebat Nur Adilah latahzanlife.blogspot ...nasihat die..."tak semestinya apa yg kita nak kita akan dpt...mungkin apa yg kita benci tu adalah yg terbaik untuk kita.."
 dari situ sekali lagi hati sy terdetik yg cakap,,,hidup ni Allah punya laaa~~~ yg kau x bersyukur sangat kenapa? (hahahaah hati yg rapuh mcm ni laa) kwn2 muhasabah dulu ye..jangan jadi mcm saya...mmg luar sy selamba,,tapi kebanyakan org x tau apa yg ade di dlm..( kecuali yg mngenali dan pandai menginterpret hati je) hahah mereka akan tanya  " zal kau okay?"
 hahaha okay sangat...kadang kadang kita kena jadi kuat..kunci dia sabar dan redhaa..inshaaAllah...
may Allah ease our way...
to kwn2...goodluck, saya akan sentiasa doakan korang!! ingat belajar itu amanah Allah...kat mnepun kita berada amanah mesti dijalankan...

Ingatlah diri kita ni ...syaitan seng nak hasut..mcm perasaan dengki...sume tu keje Syaitan laknatullah...hshh syaitan ni ,,,sukee hasut kita...dan alangkah bagusnya klau kita sedar perkara yg kita lakukan ni sebenarnya angkara syaitan dan kita akan terus tersedar dr membuat perkara kemungkaran...saya pernah terbaca buku Hilal Asyraf..Jangan sesekali membenci org yg membuat jahat, bencilah kepada syaitan yg menghasut kita...jadi jom sama2 jaga iman, jaga hati yg dah nak lusuh ni..
Ya Allah semoga Allah redha..

akhir sekali, saya bukanlan seorang pelajar agama, jauh sekali pelajar maahad,tapi perasaan cinta akan islam tu alhamdulillah masih ada dalam hati ini...
Prof Dr Muhaya ada cakap " Ilmu milik ulamak tapi dakwah milik semua umat islam"
tapi bg saya ini hanya lah sebuah perkongsian...
Andai ia memberi jalan kpd kawan2..Alhamdullahh...

assalamualaikumm...

Saturday, 11 May 2013

"Warkah buat Adam Dan Hawa"




"   Warkah Buat Adam Dan Hawa "

                                                                      


Aku bukan lah sehebat Siti Khadijah,
Aku juga tidak sekuat Sumaiyah,
Aku hanyalah aku,
Seorang hamba Allah yang kerdil mencari keredhaanNya,
Aku hanya seorang wanita,
Wahai bakal imamku,
Kucoretkan nukilan ini untkmu,
Walau dimana pun dirimu berada,
Kehadiranmu amat kunanti,
Peri pekertimu amat kudambakan,
Namun, cintaku padamu tidah sebesar cintaku padaNya,
Penciptaku yang Esa,
Walaupun sekali dirimu ibarat nyawa ,
Tapi jiwaku mati tanpaNya,
Aku lebih tersiksa,
Demi Tuhanku,
Aku akan mencintaimu keranaNya,
Aku akan mengagumi pekertimu,
Aku akan menyenangi wajah tenangmu,
In shaa Allah,
Wahai Pemilik Cintaku,
Andainya telah ditakdirkannya kepada diriku,
Berikanlah kami cinta semata-mata keranaMu,
Wahai pemilik tulang rusukku,
Andainya engkau membaca coretan hati ini,
Aku ingin engkau tahu bahawa,
Cintaku untukmu telah kusimpan serapat-rapatnya buatmu,
Di dalam kepingan kaca yg sukar dicapai oleh sesiapa pun,
Kerana aku tidak mahu engkau terkena serpihannya ,
Sesungguhnya pasti dirimu akan terluka ,
Wahai bakal imamku ,
Aku ingin kau tahu,
Aku sedang berusaha untuk memperelokkan diriku,
Aku ingin menjadi seorang hamba dan muslimah yg taat kepada Allah,
Dan seorang zaujah yg solehah buat mu,
Seandainya dirimu datang
Usahlah mengambil hati atas kecaknaanku,
Kerana itulah usahaku,
Wahai lelaki,
Aku tidak ingin dipandang murah ,
Kerana itu harga diriku,
Janganlah engkau merasa terhina kerana saat itu aku sedang berjuang,
Antara nafsu dan iman,
Berjuang memeelihara yang hak buat bakal imamku,
Sedang lagi aku masih  punya tanggungjawab,
Tanggungjawab atas diriku, keluarga ,bangsa dan agama…
Wahai bakal imamku,
Ingin kukatakan ,
Andainya masa sudah tiba…
Jauhilah diriku..
Dan dekatilah waliku,
Dan aku akan menerimamu seadanya kerana Allah..


-sincerely me-