Sunday, 19 November 2017

Anak Syurga


            Aku ingin menceritakan tentang seorang anak hebat ini . Namanya Qaseh . Cukup dikenali sebagai Qaseh , sebab Qaseh sudah meraih banyak hati . Hati yang dahulu nya penuh dengan kebencian pun mungkin akan cair melihatmu , sayang . Qaseh melembutkan semua hati yang memandangmu . Saat aku melihat dia , aku yakin , anak ini pasti akan memiliki satu tempat yang istimewa dalam hati aku . Ternyata ianya ada . Ianya benar . Aku akan menceritakan kenapa ....

           Aku mungkin seorang pelajar , tapi untuk menceritakan sesuatu dengan anda semua , mungkin aku punya limit . Aku mula kan kisah anak syurga ini dengan pada saat awal ketika dia di'admit' ke dalam ward kanak-kanak . Saat itu dia baru lepas discharge dari NICU . Dia seorang anak yang dilahirkan prematured . Jelas saat itu aku melihat ayahnya mendukungnya masuk ke dalam isolation room itu . Ayah nya kalau boleh di'range'kan usia , dia memang kelihatan seusia aku ataupun dua tiga tahun lebih tua pada aku . Muda lah yang senang cerita . Tapi aku tak pernah sekali pon melihat ibunya .

         Jika tidak silap sewaktu itu Qaseh baru berumur 3 bulan ( sebab aku pergi tengok file dia sebab nak tahu kes dia heheh ) . Nak masuk tak boleh isolation room . hahaha . Jadi akak redha je lah dik , tengok dari luar yg ada cermin . Awak comel sangat . Putih melepak . Tapi waktu itu ayah awak tak de di sisi awak . Kakak nampak awak tidur je . So cute . Masa tu awak pakai Naso tube . Tapi awak tak nangis pon . Hebat kamu dik .

        Hari-hari akak datang bedside pastu tengok awak . awak sorang2 lagi . hmm mugkin ayah atau mak awak pergi keluar makan kejap kot . Lepas seminggu , awak masih lagi sendiri . Seminggu lagi , awak sendiri lagi . Akak pelik lah dik . Okay tak pa kita tunggu lagi seminggu . Eh , awak sorang lagi??? Masa tu acah acah tanya nurse tanya sister . Tanya pulak waktu malam memang mood bergossip lah . Jadi nurse pon bercerita lah pada aku dengan kawan aku . * Sorry tak boleh bagitau cerita dia , yang penting nya Qaseh ni dah tak da org jaga dari 2 minggu yang lalu lagi * Yang jagaa dia dalam tempoh tersebut hanyalah nurse , sister dan doctor yang oncall . She was just a baby , dia tak boleh buat apa apa . Macam mana kalau dia lapar ? Dia tak boleh bagitau orang pon . . .

       Dekat dua bulan posting Paeds , dari Qaseh tak boleh senyum sampai dia boleh senyum , habis posting Paeds , pergi ke ONG tapi kiteorgtetap melawat Qaseh malam-malam in case ada oncall . Last sekali time jumpa dia masa tu dia dah boleh duduk ! Allahu ! Kalau kita 'bye bye' kat dia , dia dah bye bye balik dah ! Tapi dia still on Naso Tube . Awak ceria sangat dik ! Tapi kelibat ayah awak yang akak tengok first day awak admit masih tak kelihatan . Kenapa awak masih mampu tersenyum ? Waktu itu umurnya sudah hampir setahun . Ya sudah hampir setahun aku dan kawan2 yang sama posting dengan aku mengenali Qaseh . Boleh dikatakan setahun jugak lah dia berada di hospital . Bukan kerana dia belum sihat * aku rasa*

       Nurses cakap ramai orang pergi masuk bilik tu main-main dengan dia , mak-mak patients kat sini pon ada yang bagi baju pada dia , susu , pampers . Telahan aku , mungkin mereka sudah mengetahui cerita sebenar mengenai Qaseh . Alhamdulillah lah sebab bukan semua ibu bapa macam ibu bapa Qaseh ni . Mereka masih punya kasih untuk diberikan walaupun dia hanya lah seorang mahkluk kecil yang mungkin Allah pinjamkan ke dalam dunia ni . * Kenapa aku cakap 'pinjamkan ?' * Ini adalah terakhir aku berjumpa Qaseh sebab aku akan masuk ke tahun 4 , dimana kami punya fieldwork adalah di luar daripada hospital .

      Lebih kurang 4 bulan aku tk bertemu Qaseh , aku tertanya-tanya jugak keadaan dia . Ada lagi ke dia kat ward tu , ataupun dah discharged ? 4th week aku dalam commed , aku tak pernah lagi dengar cerita pasal dia sampai suatu hari , kawan aku yang kini sedang praktikal di hospital memberitahui bahawa Qaseh sudah tiada . ' What do you mean ' TIADA' ? ' ' Bukan dia dah keluar ke , bukan dia dah sihat ke bukn dia kat rumah kebajikan ke ?' ' Basically , she was there but then something happened '

 
      Beberapa hari yang lalu , kawan aku memberitahu bahawa Qaseh telah digegaskan ke A&E kerana berlaku pendarahan di dalam otak dan * sorry saya tak mampu untuk bercerita tentang ini * Namun , Allah lebih sayangkan dia . Dia meninggal disitu . Kakak tak sempat tengok awak pon dik . Awak pergi dulu . Qaseh yang selama ini memberi senyum kepada semua orang kini sudah kembali pada Pemiliknya . Qaseh yang dulunya membawa ketenangan pada Doktor2 yang stress , bila mereka datang bermain dengan awak , Qaseh , diaorang jadi gembira . Kakak tertanya2 , adakah awak ini pinjaman Allah kepada ibu bapa awak yang * entah kemana tu * atau awak adalah pinjaman Allah buat kami yang hanya seketika sahaja sempat mengenali awak ??? Adakah awak adalah pinjaman Allah buat kami agar kami menghargai hidup ini ?

     Tidak sampai setahun pun aku mengenali dia , aku dapat baca semangat dalam diri anak kecil bernama Qaseh ini . Dia dilahirkan premature tapi dia survive . Dia ditinggalkan sendirian di hospital, namun dia masih mampu tersenyum , malah memberi bahagia lagi untuk org lain . Kalau ikut akal , mana mungkin anak sekecil ini mampu untuk ceria tanpa kehadiran ibunya , namun tidak bagi Qaseh. Dia umpama matahari yang hangat membakar diri tapi menyinarkan cahaya buat alam .

Surat Buat Qaseh 

Sayang , sungguh pun Qaseh sudah tiada , 
Bergembira lah adik di dunia sana , 
Dunia yang hina ini sungguh kejam buatmu , sayang .
Doakan kami yang masih berada di sini agar mengikut jejakmu Qaseh , 
Andai kau sedang bertemu dengan Allah saat ini , 
Pohonlah keampunan bagi setiap insan yang telah menyakitimu di dunia ini , 
Pohonlah keberkatan bagi setiap wajah yang menangisi pemergianmu , 
meski kami tiada lansung pertalian darah denganmu , 
Andai saat ini , Qasehsedang bermain-main bersama Rasulullah , 
Sampai kan salam kami kepada junjungan besar itu , 
Katakan bahawa kami amat merinduimu wahai Rasulullah ,

Bahagialah Qaseh di sana , syurga itu lebih pantas buatmu .

Al fatihah .
   

Saturday, 9 September 2017

Adik-adik



Aku ingin menceritakan tentang seorang anak lelaki yang berusia 7 tahun yang menghidap Nephrotic syndrome ( in medical , kalau nephrotic syndrome ni kita boleh kaitkan dengan beberapa sebab oleh kidney ) , jadi dalam kes adik ini , dia telah di-diagnose dengan penyakit ini sejak dia berumur 3 tahun ( kalau tak silap )

Adik ini , mula mula first posting dalam ward paeds dia memang tak nak cakap ngn sapa sapa . dia akan duduk je kat katil dia . dia memang tak nak berkawan ngn sesiapa pon . Jadi suatu hari , aku ni memang jenis yang tak boleh duduk diam kalau tengok budak2 macam ni . kena jugak cari jalan nak jugak cakap dengan dia . Hampir setiap malam kalau datang oncall / nak cari cop ke memang akan singgah kat bed dia . Dekat seminggu jugak lah cuba pujuk-pujuk untuk kawan ngn dia . Finallyyy , berjaya . hahhahaah . payah nyaaa lah hahah .

Dia ni suka melukis tau ! so apa lagi , kita pon acah acah lah nak melukis jugak . ehh melukis punya melukis terlawa pulak lukisan ' Kakak ! kenapa kakak lukis lawa sangat boiboiboy tuu ' hahahahah

' okayyy mestilah , kalau adin nak kakak lukis , kawan ngn kakak dulu '

' hmm okayy lah '
* nampak macam tak ikhlaskan , tapi dia senyum sambil hulurkan crayon . hahah

*** cerita nya adin ni kira macam penduduk tetap lah kat ward ni , sebab kadang2 dua minggu stay , tiba2 tak de pastu minggu depan eh ada balik .


Adin ni kalau janji ngan dia memang kena tepati tau , biasalah budak budak ni dia ingat setiap apa yang kita cakap hahaa .

Jadi selama dua bulan posting paeds , kalau datang malam , mesti last sekali pergi melukis dulu dengan dia sebelum balik . kalau tak dia merajuk .


Untuk menceritakan mengenai individu kecil ini , dia memang seorang anak yang kuat . Dia tahu dia sakit . tanya lah dia sakit apa , dia memang akan cakap dia sakit apa . bahkan ayat yang dia cakap tu sama dengan doktor yang memberi penerangan pada dia . Memang . memang saat dia berkata kita tak nampak pon dia berduka . Lihat mata nya .

i dont know how i earn this kind of skill to see through people's eye .

Through his eye . i knew . obviously knew everything { or maybe sebab aku rapat dengan adin ni ?}
Sebab setiap kali dia bercerita , aku suka perhatikan mata dia . but depends lah pada topik dia .

Kadang - kadang selain melukis ada jugak main cerita cerita . belajar matematik sikit . { for your infomation banyak tau anak - anak nephro ni , and kadang2 kita orang main sama sama and belajar sama sama } { banyak yang aku kenal dan banyak yang bagi aku pengajaran , dan banyak jugak yang buat aku rasa bertuah nyaa sebab dilahirkan sempurna } { Rasydan , Adib , Adin , Puteri , Alia } <3 <3

Jadinya , belajar kita ni bukan semata- mata belajar sahaja rupanya . Mungkin kehadiran kita dapat membahagiakan anak-anak tu . Siapa tahu ? Bagi aku , diaorg ni ada certain yang moody je , biasalah sebab duduk kat ward kan . Orang pulak orang yang sama je .

Sememangnya , betul lah ingat sakit sebelum sihat kan ?

Aku sendiri tak dapat bayangkan kalau mereka ni makin lama makin besar and end up dengan dialysis ke apa ke . Dialysis tu bukan tak sakit tau , sakit . Orang tua pon kalau boleh tak mau buat depa kata . Tapi nak buat macam mana ?

Doktor pon tolong apa yang mereka mampu je ☹☹☹☹☹

Itu belum lagi cerita anak-anak yang datang , bukan dengan mak ayah kandung , tapi keluarga angkat.Malam-malam tak de orang teman padahal anak-anak lain mak / ayah siap tidur sekali . Nak pergi tandas , ada orang bawak . Tapi dia ? Dia cuma mampu melihat je . . . Takkan dia nak menangis kan ? Apa yang dia boleh buat ?

Ada sorang nenek ni ( nenek ni salah seorang daripada nenek budak2 kat ward paeds tu ) , dia pernah cakap kat aku . yang ni memang aku ingat gila , " Cu , belajar elok2 , kerja awak ni walaupun penat , percayalah setiap langkah itu pahala "

dann aku akan sentiasa ingat itu . . .

Dan belum lagi betapa survive-nya seorang infant yang baru lahir yang menghidap Golden-Har syndrome . You know what , sumpah serius aku tak boleh handle tengok baby sakit mcm ni . . . Kuatnya ibu itu , kuat nya anak itu ..... !

Semoga Allah melindungi kalian yang masih sentiasa memberi saya peringatan tentang satu kehidupan .

Tuesday, 29 August 2017

Dunia Yang Baru


Assalamualaikum semua ! 

okay lah baik . disebabkan ada cuti sikit ni so , aku nak update lah blog ni . lama tak update ! *walaupun tak de orang nak baca sangat *

Dunia Baru ? eh tak lah baru sangat . Dah habis Third year . next forth year . next fifth year . fuh . Dan masih DUNGU ye .


Kita orang practical kat HTAA . so ni tgh tggu Dr datang lah ni tu yang mnyempat tu hahah . 
So basically , everyday is a study day . tak de nya satu hari yang kau takkan pikir pasal study . Tapi ada lah sekali tu tiga hari kot macam down sikit . sampai tahap tak nak bukak buku tak nak pergi oncall . erghh . 

Yes , betul . tak tipu . masa tu present case apa entah . memang kena hambur lah ngn Dr . hahaha . ya salah kitaorang betul memang salah kiteorg . Tapi jujur cakap , weh tu macam makanan kau kot hahaha . 

If you do have big heart , this field is yours . 

Tapi pesan aku pada sesiapa yang akan masuk Medic ni , atau akan masuk practical , dik , hati sadokan tau , jangan cengeng , sbb Dr2 yang mengajar takkan ada masa nak melayan kau hahahha . 


☺☺


Yang ni masa join volunteer untuk medical team 

seriously volunteering sangat best , kalau ada masa weekends rugi kalau tak join :) 
kat sini baru kau kenal orang bukan setakat kenal buku . 

Dan kat dunia luar ni jugak lah kau belajar common sense ! 
* mungkin bab common sense nnt hakak akan buat another post , sebab panjang sangat . BUT believe me , ramai kot yang tak de common sense dalam dunia ni . RAMAI . 

Ada orang tanya , ada tak rasa malas nak study ? study kena berapa jam sehari ni ? payah tak ? 

hahahahah .

jawapan hakak , belajar dulu baru tahu apa awak rasa dan ikut apa yang awak rasa . aku sendiri , mungkin memang dari sekolah kat SESERI dulu kot , tak senang kalau satu hari tu aku tak pegang buku , walaupun kena handle big event apa2 ke , raptai apa apa ke , mesti jugak . * mesti cakap hakak ni poyo kan * haha tapii serius laaa hahaha


Sekian ......

Sampai ketemu di lain entryy ! Bye !

Monday, 7 September 2015

Luaskan pandangan *In term , PERCAYALAH


10:12 am ( Sabtu )

Ayu : Ya Allah , lambatnya aku bangun , nasib baik tidur lepas subuh tadi, kalau tak, bangun ke tak aku ni subuh tadi .

*berlalu ke kamar mandi . Mandi . Amik wudhuk .

Farah : Kau solat subuh tak tadi ? 6.30 kau tido lagi je weh ? habis tu kau nak solat dhuha ke tu? Aku             lepas subuh tadi aku tido balik , penatnya ...

Ayu : pergilah mandi nanti segar lah tu pastu amik wudhuk skali boleh kau solat dhuha .

10:30 am

Farah : Tak pe lah aku serba salah nak solat dhuha , dah lah bangun lewat , tido lepas subuh .      
            Kemarin aku ada baca satu post ustaz ni kat fb , dia kata , tak malu ke bangun lambat , subuh               pon subuh gajah ada hati nak solat dhuha ? Terus aku rasa malu weh , takpe lah kau nak solat             kau solat lah .

Ayu : Alamak weh deep nyaa , malu lah aku nak solat dhuha ni . Aku pon dah lah bangun lambat ni .

*Sambung study*

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betapa indahnya ada rasa malu dengan Allah . Tapi betapa ruginya kalau malu iu membawa kita jauh padaNya . Selayaknya malu itu sungguh membawa kau dekat lebih dekat dengan Khaliq . Dalam situasi di atas , mari kita tak judge anyone bout this . * mungkin mereka stay up untuk study or any good deeds yang kita sendiri pon tak tau * * Di sini saya lebih tertarik bagaiman cara Farah itu interpret pesanan ustaz tersebut .

Personally saya sendiri ada terbaca post tersebut tapi saya lupa nama ustaz tersebut .

Back to the situation .

kalau anda ? Adakah anda akan teruskan solat dhuha atau tidak mengerjakn nya . ini bukan situasi rekaan saya , tapi ia berlaku di depan mata dan pada diri saya sendiri .

bagi saya dalam hal ini akan ada dua jenis insan .

Insan Pertama : rasa malu dan terus tidak melakukan solat dhuha

Insan Kedua : rasa malu + serba salah + solat dhuha add on mintak ampun padaNya .

Sahabat ,
 pernah terbaca tak bahawa solat itu mendekatkan . Yakin kah anda bahawasanya solat itu mendekatkan anda dengan yang jauh ? Jadi PERCAYALAH , kenapa Allah pentingkan solat itu dalam kehidupan seorang muslim ? Kerana dengan solat itu sendiri dapat mendekatkan diri hambaNya dengan Allah sendiri .

Sahabat ,
bukan senang kita nak berjalan bergerak untuk mengerjakan solat dan ibadah yang lain , dan sahabat ingatlah juga bukan senang kita nak terkeluar dari landasan untuk mengerjakan ibadah itu sendiri , syaitan tepi kiri kanan depan belakang kena bekerja keras untuk tumbangkan awak . Jadi jangan lah jadi begitu mudah untuk ditumbangkan . Dalam situasi di atas , anda dapat lihat sendiri Ayu , kalau anda , pasti anda akan mengerjakan sahaja solat dhuha kan ? lahh alang alang ada wudhuk , solat je lah . Tapi bagi Ayu tak sahabat sahabat . Dia terus down dan terus tak mengerjakan solat .

Sahabat ,
 ingatlah , dalam jalan Allah , tiada apa yang mudah , tapi syaitan sememangnya akan memudahkan kita , syaitan ni dia akan tebar karpet merah seluas luas alam untuk manusia dalam dunia ni . TIADA JALAN MUDAH . TIADA PUTUS ASA . Itu namanya pengorbanan . Pengorbanan yang mana nanti kita boleh present kat Allah . Dan ingat lah sahabat , setiap nasihat atau teguran , kembali kepada Dia , kita lihat balik kenapa Dia hadirkan teguran kepada kita dalam sebegitu rupa . Allah itu Maha Pemurah Maha Penyanyang . Dia takkan biarkan kita jauh selagi ada yang bernama iman dalam hati .
Mat salleh kata , take it in a positive way ,
Come on lah kalau asyik negative je ni . penat otak .

Sahabat , ingatlah juga untuk pilih sahabat mu . ya . kawan itu ramai tapi untuk menggenggam tangan seorang sahabat itu sukar . Dan seorang sahabat itu , tatkala kita sedang lupa akan Khalq , dia ingat kan . Itu lah sahabat . Cukup .

Jadi sahabat semoga perkongsian yang tak seberapa ini boleh mengisi masa lapang anda . salam .

Wednesday, 11 March 2015

Saya Okay :) Alhamdulillah




       I had finished my first sem of MBBS for six months and just started my second sem . Alhamdulillah for everything Allah , even i dont deserve a single ' nikmat ' for You for all my wrongdoings .


* i wrote to empty my mind *

       Orang selalu kata , " kita dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan "

Kalau dah usaha tapi tak berupaya nak dapat macam mana ? ?

The answer is Allah nak uji . Sebenarnya baru dapat result for my first sem , alhamdulillah passed ! and i have another 9 sem to go , Semoga Allah redha .

*mungkinlah ada kena mengena *

tapi pernah tak rasa yang kita boleh buat lagi baik dari apa yang kita buat , dan kita boleh achieve apa yang kita rasa kita patut achieve . Sejujurnya kata " Aku selalu rasa macam tu , it is kinda regaining back my self confindence , aku takkan biarkan self confident tu pergi ikut syaitan balik " 

" Sesungguhnya manusia itu diciptakan itu berada dlm keadaan susah " Al balad , 90:4

Usaha lagi , Allah nak uji Dia suruh kau terus berusaha sebab Dia tahu kau sangat2 . Dia kenal sangat hamba Dia ni , kalau diberi nikmat kau senang hati , " Jangan jatuh dalam mainan syaitan , dan  kau kena menang dalam permainan Allah " 

Teruskan perjalanan , Allah letak kau dalam jalan ini , mungkin Dia nakkan hati yang kuat dari hambaNya , tabahlah , Dia nak kau rasa betapa indah nya ujian tu mungkin , jalan yang mana cukup dekatkan diri dengan ciptaanNya yang most perfect creatures in His Dunya , Manusia . 

Biarlah kalau kau tanya kenapa dia ? itu mungkin satu ujian Allah untuk dia . Selagi tali Allah masih dapat kau rasai , jangan ssekali lepaskan , namun andai terlepas cepat cepat lah toleh kebelakang , ragut kembali tali itu , toleh lah ke belakang lihat kesalahan lampau mu , Allah itu kan Ar Rahman Dia kan Ar Rahim <3

Saturday, 18 October 2014

Bulan Tarbiyah





  Andai datang suatu ujian , sanggup kah kau terima , mampukah kau bangkit ? “

Mungkin mereka tak mengetahui . Takpa . Tapi ini sungguh hanya satu perkongsian . Harap dapat ambil apa yang cuba aku sampaikan .
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aku tak nak bercakap pasal siapa aku sekarang . Aku taknak cakap pasal apa yang sedang aku capai 

sekarang . Kerana sungguh ini semua rezeki . Dari Dia .

(SEBULAN )

Aku tak pernah duga bahawa SEBULAN itu akan menjadi satu tempoh buat aku . tempoh yang sangat 
sukar . Saat aku enggan untuk berbicara dengan semua org termasuk dengan ibu bapa ku . Saat aku hiraukan semua panggilan dan wassap rakan-rakan aku . . . . . . Semua ini berlaku dalam masa SEBULAN . Kau bayangkan aku tak berinteraksi dengan manusia di luar selama SEBULAN . Aku terkurung di dalam luar . Enggan aku untuk keluar . Enggan aku untuk berbual dengan adik beradikku . Enggan aku untuk membuat semua bendaa . Aku hanya akan duduk dalam bilik dan kalau tak pun di hadapan televisyen . TANPA MENGHIRAUKAN SESIAPA . 
“ KEJAM” aku rasa masa itu aku sangat kejam . kejam pada diri sendiri . Sedangkan semua org seolah olah cuba untuk memahami aku . ( IBUBAPA AKU) ….. Dan kalau kau nak tau saat ini aku merasakan semua org menindas aku tanpa sebarang sebab dan paling BODOH PERNAH AKU RASA “ ALLAH SEDANG MEMBENCI AKU , AKU KEEP ASKING WHY WOULDN’T YOU LISTEN TO MY PRAYER “
Bodohkan aku ! Sangat Bodoh ! Dan sampai satu tahap aku menyuarakan rasa hati aku pada mama dan abah .

Aku Tanya mereka . Kenapa Allah tak dengar doa aku ??
Soalan yang tak sepatutnya seorang hamba kerdil bodoh sombong macam aku ni tanya pada Khaliqnya .
TApi waktu itu yaaaa aku masih degil kerana aku merasakan semua usaha aku sia-sia . Sangat Sia-Sia .
NAmun , saat ujian itu datang pada aku , aku merasakan ujian ini tersangat sangat lah berat . . . dan saat itu juga Allah datang kan sesuatu . waktu itu aku berasaa sungguh lemah . kerana Dia datang kan lagi satu ujian yang membuatkan aku sangat terpukul . . aku terduduk menangis . AKu balik pada Dia
Ada satu rasa yang hadir bersama ujian yang Allah bagi pada aku tu . Meski aku merasa berat . Tapi tanpa sedar aku rasa ujian ini adalah penguat .

Semua perkara ini berlaku selama SEBULAN yang SEBULAN yang boleh aku katakan ini mungkin adalah tempoh teguran Allah untuk aku . YA Aku sangat rasa . takpaa kalau kau merasa aku tipu . ini hanya perkongsian aku . sebab aku mengambil masa dua bulan untuk face all this . Dan aku tak nak berpatah balik .
“Yes you do put all your effort on something but you never realized that He owns everything”  

Kata – kata itu aku lupa . memang iman aku tak kuat . tapi aku sedih kenapa Allah masih bagi aku peluang untuk bersama Dia .
Dan aku terus jalani semua ujian dengan bersandarkan restu dari Dia .
Mungkin selama ini aku terlalu confident pada diri aku dan aku lupa di sebalik seorang yang hebat jangan sesekali lupa bahawa Khaliq yang pencipta Maha Hebat lagi .
Dan sekarang Allah pinjamkan aku satu rezeki yang tak terkata nikmat dia . yang membuang segala kerisauan yang ada yang menyelesaikan segala ujian yang aku hadapi .
Yang meletakkan siapa diri aku di sini sekarang .
Dan aku berharap aku takkan terlepas lagi dari tali Nya .
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Mungkin aku bukan sempurna aku mudah terpedaya . maaf . aku jauh sekali untuk itu semua .
Dan aku sering mengharapkan kekuatan . kekuatan yang mungkin satu hari hadir dariNya . buat kali yang lain . InsyaAllah .
Bagi aku , itulah bulan tarbiyah walaupun sakit tapi indah .kadang kadang aku tertanya-tanya , andai nya dari dulu Allah pinjamkan aku ujian mcm ni , kann indah . dan sekarang baru aku faham kenapa orang kata ujian itu indah . ^^

Wednesday, 2 July 2014

Bersihkan makna cinta



  Bercintalah sebagaimana para sahabat dan sahibah Rasul SAW bercinta .  Cinta mereka kepada baginda , bahkan lebih daripada keluarga mereka sendiri , mengatasi segalanya .

    Dalam suatu kisah , ada seorang sahibah yg telah kehilangan suai di medan perang . Tetapi , sebaik sahaja tentera islam pulan darpada peperangan itu , apakah soalan pertama yang keluar  dari dirinya  ?

     " Baginda bagaiman a? Baginda baik- baik sahaja kah? "

   Keadaan Rasul SAW dahulu yang ditanya , bukan suaminya . Kita ? Bahkan , bila dikhabarkan suaminya sudah syahid dan baginda masih hidup , si isteri mengucapkan 'Alhamdulillah' .

       Begitu juga para sahabat Rasul SAW . Cinta mereka kepada baginda tidak ada tandingannya dengan apa pun . Jika para sahabat dengan Rasul SAW itu pun dikategorikan sebagai ' Gay' juga , memang sangat sengetlah mental kita .


 *****
 Sebab apa perkataan Gay itu tiba tiba muncul ?
saya ada terbaca ungkapan beberapa golongan masyarakat terutamanya remaja , no "boyafriend " no "gelifriend" tak enjoy laa duduk dunia ni ..'... ke kau gay orelse kau lesbian ?
Apa yang boleh diperkatakan ye hmmm termenung jauh jugak nak memikirkan cara nak menjawab ...

and it comes to my mind .

    Dunia tak bermakna tanpa boyfriend / girlfriend ? sapaa cakap , Dunia kau takkan muncul kalau tak da mak ayah yg lahirkan kau . Enjoy , apa erti enjoy kalau jauh di lubuk hati kau ada side yang memberontak nak kan ketenangan , ketenangan atas tikar sejadah .  Kalau ini semualah yang kau kaut dalam dunia ni , apa saham yang kau bawak untuk akhirat nanti ?

    Maaf andai aku terlampau prejudis terhadap percintaan terutama pada usia seusia aku . dan mungkin sikap aku ini melukakan ramai hati yg sedang asyik bercinta , kerana membenci aku , teruskan membenci anda . sebab aku hanya berkata apa yang berada dalam hati ini .

    " Jangan kau ambil apa yang tidak menjadi keutamaan kau , yang tidak mendatangkan satu sen pun manfaat untuk kau "

Dan jujur aku kata , ini ujian untuk aku sememangnya , kerana ada suatu saat nnt Allah akan bolak balik kan hati aku untuk aku menyukai sesuatu yang aku benci .
Dan saat itu apa yang nak aku pegang ? Pada Dia .

Andai cinta untuk manusia itu hadir usah takut sebab itu fitrah .
berbalik pada Allah kerana itu cinta yang sebenar2nya untk kita peroleh cinta sampingan , yakni cinta manusia . Kedua dua cinta itu indah kan ? 

****

Bersihkan makna cinta

Fattabiouni , yuhbibkumullah 
" Dan ikutilah aku , nescaya Allah akan kasih kepada kamu dan mengampunkan kamu (ali imran :31 )